Tapi sebelum tu,mari mulakn Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ...


Thursday, 25 August 2011

Apa Janji dan Sumpah Iblis terhadap wanita ??

hmm.. satu perkongsian buat sume wanita2... ~*
Renung2kan dan selamat beramal.. Moge kite dkalangan yang sentiasa drahmati oleh Allah.. 





Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian 
termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar 
pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan 
beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para
wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku
hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan
syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya
juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang
lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas.
Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya
dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang
lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar
lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya
masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih
feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat
(berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih
baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian
bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk
duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang
terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan
lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang
tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan
datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika
tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu
boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan
rambutnya.


7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka
cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh
betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10
sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas
paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman
sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita
curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah
senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah
lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga 
ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau 
di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu 
kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji 
palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya 
janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Tepuk dada tnyelah Iman kita !! 
Astaghfirullah .... Muhasabah dri kita bersama ....

- Artikel iluvislam.com



No comments:

Post a Comment