Tapi sebelum tu,mari mulakn Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ...


Friday, 23 September 2011

Sebersih manakah hati kita pada-NYA ... ???

'' Jika Allah sayang kepada seseorang,
Dia akan berikan Iman. Jika Allah sayang lagi,
Dia akan memberi kekuatan untuk mengamalkan agama-Nya dengan sempurna.
Dan jika Allah sayang lagi, 
Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan dunianya,
untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepada-Nya.. ''



Sungguh walaupun dalam dua tiga hari ini rasa sedih kerana ditimpa pelbagai masalah. Tapi bila terbaca kata2 ni terus hilang sedih.^^,
Tapi sebaliknya rasa bersalah pada Allah sebab mengeluh dengan ujian yg diberikan.. Astaghfirullah..
macam2 da terlepas cakap.. 
Oleh itu jgn la bersedih bila diuji oleh- Nya, sebaliknya bersyukurlah ! bersyukurlah ! kerana sesungguhnya Allah masih sayang akan kita.. SubhanaAllah. 

walaupun dalam mood kesedihan tapi masih smpat bce satu buku ni.. lalu tertarik dgan puisi ni dan teros mengalirkan airmata sebab terasa insaf sangat2.. rasa sangat kerdil dhadapan Allah.. sebersih manakah hati kita dengan Allah ?? tepuk dada tnyelah Iman kita.. :)

maka, sya ingin kongsikan puisi ni dengan org lain jgak. sama2 kita hyati dan sterusnya berusaha untuk mnjadi orang yg hatinya bersih dengan Tuhannya.. InsyaAllah !

Muhasabah dri bersama ... ~*


Bersihkan jiwamu dahulu,
Pasti Tuhan akan membantu mu !


Orang yang bersih hatinya
sentiasa rendah diri dengan Allah,
sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya.
Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata 
'' Kerana dosakulah ujian ini datang.''
'' Tuhan menghukumku kerana dosa2 ku. ''
'' Moga2 aku terlpas daripda hukuman akhirat yg amat dasyat. ''

Tatkala dirinya mendapat nikmat 
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak menerima nikmat itu.

Hatinya gelisah 
'' Apa maksud Tuhan mmberi aku nikmat ini ?
Apakah untuk aku bersyukur atau kufur ? ''
Jiwanya cemas, gembira pun tidak ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.

Hajat-hajatnya yg tidak didapatkannya, dia Redha.
sentiasa bersangka baik dengan Tuhannya
sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana 
mentakdirkan segala sesuatu

Apabila disusahkan orang,
teros teringat akan dosanya,
'' kerana dosa akulah, aku disusahkan. ''
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan org itu dgn kebaikn.

Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan 
org diingati dan dibalasinya.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir padanya,
bila2 waktu sahaja akan mnjemput.

Dia gelisah dgn dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
kerana dia tdak tahu apakah
dterima atau pun sebaliknya.

kakinya di dunia, nmun hatinya 
sentiasa brsama Allah
Perasaannya sntiasa memikirkan akhirat 
dan sering rindu akan prtemuan dgan Tuhannya.

Begitulah hati org yg bersih dengan Tuhannya ........ 






          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Rabbi jika ujian yang dberikan oleh Mu dengan urusan duniawi ku.. Maka aku mohon padaMu supaya permudahkanlah urusanku untuk menuju ke SyurgaMu.. Dan janganlah Engkau uji ku dengan ujian yang tidak termampu dihadapi olehku. Sungguh Engkau maha Pengasih lagi maha Penyayang.

p/s : maaf d atas sbrang kesilapan. Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah dan yg buruk itu atas khilaf sye sndri .. sbrang komen amat dhargai .. :)

Tuesday, 13 September 2011

La Taghdab ! { Jangan Marah }


Marah menutup ruang berfikir
Marah menjauhkan ketenangan
Marah membuahkan penyesalan
Marah menghadirkan kebencian dan ketakutan
Marah tabiat si pendek akal

Marah menutup kebaikan
Marah mendatangkan penyakit
Marah menutup pintu rezeki
Marah menghilangkan penghormatan
Marah menjauhkan sahabat dan saudara mara

Marah mengundang syaitan
Marah menjemput kehinaan
Marah melupakan kebaikan
Marah menutup kebenaran
Marah menyekat keadilan

Marah menyebabkan kerosakan
Marah punca kemusnahan
Marah menghilangkan kejernihan
Marah menjauhkan kasih sayang
Marah memendekkan usia


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w“Berilah saya nasihat.” Beliau bersabda, “Jangan marah” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan beliau tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari)

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Makna jangan marah iaitu janganlah kamu tumpahkan kemarahanmu. Larangan ini bukan tertuju kepada rasa marah itu sendiri. Kerana pada hakikatnya marah adalah tabi’at manusia, yang tidak mungkin bisa dihilangkan dari perasaan manusia”.Rasulullah s.a w. juga pernah menasihatkan, “Apabila salah seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaknya dia duduk. Kalau marahnya belum juga hilang maka hendaknya dia berbaring”(HR. Ahmad, Shohih)

Moga ada manfaatnya...

Monday, 12 September 2011

.:: Berdoodle smbil berdakwah ~* ::.

Assalamualaikum ..

haa.. suke buat doodle x ??
suke jgak tpi lukis gitu2 je la kn.. hehe..
spe yg suke tu bole la pg dkat FB n then like page " Doodle dakwah " ..
dkat situ korang2 bole la berdoodle2 smbil brdakwah.. kn x rugi 2.. dri buat xde msj pape kn..
baik kongsi doodle tu dgn org lain smbil mnyampikn msj yg berlandaskn Islam..
InsyaAllah.. ad kebaikkan dan ganjarannya.. :)


Jd kat sni nk kongsikan beberapa doodle yg comel2 dan nasihatnya bole kte ambil dan amalkan.. ^^,



















ape lg,cu la buat sndri pulak..
Slamat mencube ~* >_-


Credit to : Doodle Dakwah !

~ apa itu sabar .. ?? ~

Sabar ialah menahan diri ketika ditimpa perkara yang dibenci atau menanggung sesuatu perkara yang tidak disukai dengan rasa reda dan berserah. 


Sabar terdapat tiga jenis:
1. Sabar di atas melakukan ketaatan kepada Allah SWT
2. Sabar di atas meninggalkan maksiat kepada Allah SWT
3. Sabar di atas ujian dan musibah yang menimpa diri.
Maka seorang muslim akan menahan diri (bersabar) dalam melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT dengan mewajibkan ibadah itu dilakukannya, walaupun ada kalanya perkara ibadah itu tidak disenangi oleh jiwa manusia.
Begitu juga muslim hendaklah menahan diri (bersabar) dalam meninggalkan maksiat kepada Allah SWT, dengan tidak membenarkan dirinya melakukan maksiat, walaupun ia boleh membawa kepada kesempitan dan kepayahan hidup, walaupun kadang kala maksiat itu sangat disenangi oleh jiwa manusia. 

Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 46:
{وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ }الأنفال46
(46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.)

Saturday, 10 September 2011

pulang mari la pulang ~* ^^

Assalamualaikum..

huhu.. cut rye pon da hbes.. ape lg mula la nk kmas brg utk pulang ke KL hari ni..
( xpe2.. mnggu dpan blik snwang lg ..^^, InsyaAllah ~* )
wlaupun mood masih dlm rye lg..yke ? ntah..
tpi.. lpas ni siap sedia la nk ngadap nota2 dan exam mid sem yg bakal berlangsung mnggu hdapan..
hehe...
harap,boleh buat dgn jaye nye.. doakn sye tau !
tbe2,sedih.. hmm..

-  Ya Rabbi permudhkan sgala urusan ku .. Sesunguhnya Engkau maha Mengetahui .. -

Friday, 9 September 2011

:: Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a.. ::

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
 1) Jujur dalam berkata-kata.
 2) Menjauhi segala yang haram.
 3) Merendahkan diri.

 Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
 1) Merahsiakan ibadahnya
 2) Merahsiakan sedekahnya.
 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

 Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
 1) Takut berlaku dusta dan keji.
 2) Menjauhi kejahatan.
 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
 1) Mengawasi dirinya.
 2) Menghisab dirinya.
 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Tak sbar nk dpat kn ...... ~*


Assalamualaikum... Basmallah .. 

pg2,bile bukak fb tbe2 nmpak ad satu iklan kt Syahirul.com..



haa... cu teka cu teka ape dia ??

rupe2 nye psal my fevret ustaz, Alfadhil Ustaz Azhar Idrus.. >_-
buku ustaz keluaran daripd PTS x lme lg bakal dilncarkn... Alhamdulillah..

msti laris bku ni kn.. sbb nye ustaz ni sgt femes la.. 

ohh, very xcited sgt nk dpatkn bku ni tau ! 

mcm rug je ni klo x dpat nk beli.. hehe..





IKLAN NI LA YG DEKAT SYAHIRUL.COM TU .. jeng3.. ~* 










Alhamdulillah, akhirnya buku Ustaz Azhar Idrus ( Original ) yang dinanti-nanti telah pun dilancarkan. Kini anda boleh mendapatkannya melalui PTS.

Harga: RM 12.00 / RM 14.00
ISBN-13: 978-967-366-102-2
Tarikh Terbit: 9 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

http://pts.com.my/index.php/buku/anda-bertanya-ustaz-azhar-idrus-menjawab-berkenaan-isu-semasa/

KANDUNGAN:
Bab Judul Bab
Isi Kandungan
Prakata Penyusun
Prakata Penulis

1 Taharah Halaman
• Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2
• Hukum Kencing Tidak Lawas 2
• Cara Mandi Wajib 3
• Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena Air
Kencing4
• Mandi Junub Atau Mandi Wajib 5
• Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi 5
• Penggunaan Botol Arak 6
• Samak Jaket Kulit Khinzir 7
• Bawa Lori Najis 7
• Kasut Berkulit Babi 8
• Kemeja Sutera Campuran 8
• Samak Kereta Terkena Anjing 9
• Adab Masuk Tandas 10
• Kencing Berdiri 11
• Makanan Dimasuki Semut 11
• Membersihkan Barang Bundle 12
• Bangkai Dalam Air 12
• Veterinar Memegang Anjing 13
• Mentayamumkan Mayat 13
• Berkhitan Bagi Kanak-Kanak Perempuan 14

2 Wuduk
• Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang 16
• Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen 16
• Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk 17
• Mandi Wajib Tanpa Wuduk 17

3 Solat
• Azan Sebelum Masuk Waktu Solat 20
• Azan Subuh Dua Kali 20
• Perbezaan Waktu Solat 21
• Waktu Solat Di Negeri Orang 22
• Keliru Arah Kiblat Ketika Dalam Gua 23
• Tempat Niat Solat 24
• Bacaan Dalam Solat 24
• Sukar Melafazkan Bacaan-Bacaan Solat 25
• Memejamkan Mata Ketika Solat 25
• Bacaan Pengganti Basmalah 26
• Menggantikan Imam Yang Batal Solat 26
• Qada (Menggantikan) Solat 27
• Dua Jemaah Dalam Satu Masjid 27
• Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat 28
• Solat Hormat Waktu Dalam Penerbangan 29
• Solat Bersama Anak Bawah Umur 31
• Membaca Doa Qunut 31
• Meletak Tangan Di Atas Paha Ketika Duduk Di
Antara Dua Sujud 32
• Kerap Tertinggal Solat Subuh 33
• Bercakap Ketika Khutbah 33
• Kurang Faham Mengenai Solat Jamak dan Qasar 34
• Mendengar Khutbah Jumaat Sambil Mengambil Nota 36
• Solat Jumaat di Negara China 36
• Solat Zuhur Wanita Uzur pada Hari Jumaat 37
• Solat Sunat bagi Menampung Solat Fardu 37
• Niat Solat Tahajjud 38
• Bilangan Sujud Sajadah 39
• Solat Sunat Taubat 39
• Waktu Luput Solat Sunat Duha 40

4 Puasa
• Korek Hidung Semasa Berpuasa 42
• Hukum Berkumur dengan Lesterine Pada Siang
Bulan Puasa 42
• Masuk Air Sebab Sakit 44
• Ganti Puasa 44
• Mengeluarkan Air Mani dengan Sengaja Di Bulan
Puasa
45
• Fidyah Solat dan Puasa untuk Ibu yang Meninggal
Dunia
46
• Puasa di Bulan Rejab dan Syaban 47

5 Zakat
• Kewajipan Zakat ke atas Remaja 50
• Orang Tua Menerima Zakat 50

6 Haji dan Umrah
• Menunaikan Haji Dalam Keadaan Berhutang 54
• Mencium Hajarul Aswad Selepas Tawaf 55
• Upah Haji untuk Ibu
56

7 Aurat
• Aurat Menantu 58
• Aurat di dalam Televisyen 58
• Melihat Aurat Lelaki 59
• Aurat di Laman Rumah 59
• Aurat Lelaki 60
• Aurat Di Hadapan Bukan Islam 61
• Hukum Buka Baju dan Memakai Seluar Pendek 62

8 Jual Beli
• Jual Beli Barang Lama 66
• Jual Beli Binatang 67
• Loan (pinjaman) Kereta 68
• Peraduan 68
• Ambil Barang Orang Bukan Islam 69
• Claim (Tuntutan Semula) 70
• Bersedekah Dengan Wang Haram 71

9 Nikah dan Kahwin
• Hukum Suami Ambil Duit Isteri 74
• Tidak Mahu Berkahwin 74
• ‘Couple' (berpasangan) 75
• Ibu Bapa Memilih Pasangan Hidup Untuk Anaknya 76
• Isteri Solehah 77
• Ingin Tahu Jumlah Isteri Nabi 79
• Suka Kepada Perempuan 80
• Nikah Gantung 81
• Hukum Zina Sebelum Kahwin 81
• Kelahiran Anak dan Belah Mulut (Tahnik) 82
• Pahala Bagi Perempuan 83
• Ambik Anak Angkat 84
• Ingin Bayi Comel 85
• Pewaris Gugurkan Janin 86
• Hubungan Dengan Bekas Bapa Tiri 87
• Kehendak Isteri dan Kuliah Jumaat 88
• Jilat Kemaluan Isteri 89
• Oral Seks 90
• Berjimak Pada 1 Syawal 90
• Keliru Sentuh Air Mani 91
• Krisis Rumah Tangga 91
• Cerai Talak Tiga 92
• Hukum Suami Keluar Malam 94
• Berkahwin dengan Amanah Ibu 94
• Amanah Tidak Mencukur Rambut Anak 95

10 Al-Quran
• Membeli al-Quran 98
• Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran 98
• Hukum Meletakkan al-Quran di Kepala 99
• Hafaz al-Quran 99
• Orang Kafir Memegang al-Quran 100
• Wanita yang Memotong Badannya Sendiri 101
• Gantung Ayat al-Quran 102
• Hukum Wanita Membaca al-Quran 102
• Mengubah Diri dengan al-Quran 103
• Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas 104

11 Halal dan Haram
• Hukum Merokok 106
• Halal Ataupun Haram Sarang Burung 107
• Hukum Onani 107
• Meluruskan Rambut (Rebonding) 108
• Hukum Upah Sembahyang Jenazah 108
• Hukum Wanita Memakai Wangian 109
• Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa 110
• Hukum Bekerja di Kilang Percetakan Akhbar 111
• Hukum Memakai (braces) Gigi 112
• Mengeluarkan Fatwa 112
• Membuat Ukiran Khat 113
• Halal Atau Haram Makan Kucing 114
• Hukum Makan Keldai 115
• Hukum Bayar Wang Pinjaman Ceti 115
• Hukum Jual Lintah 116
• Bantal Bulu Angsa 117
• Hukum Memakai Tali Leher 117
• Bertanya Khabar dan Waalaikumsalam 118
• Lelaki Berinai? 118
• Kelebihan Buluh Perindu 119
• Hukum Bunuh Cicak 120
• Memakai Baju Berlogo Carlsberg 121
• Kubur Campuran Islam dan Kafir 122
• Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan 123
• Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada
Hari Raya124
• Menyimpan Bahan Lucah 125
• Hukum Membela Gecko 125
• Hukum Bekerja dengan Majikan Yang Fasik dan
Kafir126
• Video Seksaan Kubur 127
• Mendengar Ceramah Perempuan 127
• Hukum Bermesej (SMS) 128
• Hukum Berkongsi Bekas Minuman 128
• Hukum Pertandingan Ayam Serama dan Memancing 129
• Hukum Mengungkit 130
• Hukum Melawat Zoo 130
• Melanggar Sumpah 131
• Hukum Melihat Jenazah 131
• Akikah Orang Dewasa 132
• Status Syahid Pengebom Bali 132
• Menjawab Salam SMS 133
• Makna Jihad 133
• Nasihat Kakak 134
• Tali Pengikat Jenazah 135
• Boleh Percaya atau Tidak 135
• Ciri-Ciri Orang Fasik 136
• Wali Fasik 136
• Hukum Menggunakan Umpan Katak dan Anak Ikan 137
• Mencukur Bulu Roma 138
• Hukum Memakai Celak 139

12 Isu Semasa
• Hukum Memakai Sutera 142
• Salam Bukan Islam 143
• Terjumpa Barang Kemas 143
• Menggantung Gambar Sarjana Islam 144
• Fatwa Memakai Gelang Kesihatan 145
• ‘Insyaallah’ Itu Satu Janji 146
• Hidangan Arak di Hotel 146
• Pekerjaan Memasang CCTV (kamera litar tertutup) 147
• Mencuri di Pasar Raya 148
• Hijab Antara Pelajar Perempuan 149
• Hukum Beri Salam Ketika Sedang Makan 150
• Pemakaian Niqab (Purdah) 150
• Bawa Telefon Bimbit Perisian al-Quran 152
• Menggunakan Pinggan di Restoran 152
• Mengaji Atas Kubur 153
• Menghias Kubur 154
• Sedekah 154
• Bermain Snuker 155
• Hukum Mencium Tangan Semasa Bersalam 156
• Kesucian Masjid 156
• Pakai Topi (Cap) 157
• Hukum Menonton di Pawagam 158
• Pembuatan IVF( Bayi tabung uji) 158
• Memakai Gelang Kaki 159
• Mesin Pakaian Basuhan Automatik 160
• Adab Memakai Cincin 161
•Vaksin Daripada Binatang Haram 161
• Doktor Lelaki Menyambut Bayi 162
• Hukum Urut Zakar 162
• Majlis Makan Malam 163
• Menyimpan Janggut 163
• Perbezaan Sunni dan Syiah 164
• Mubahallah 165
• Lukisan Lucah 165
• Bermain Gitar 166
• Mengumpat Orang Bukan Islam 168
• Tuntutan Kerja Lebih Masa (Overtime) 168
• Meminta Restu 169
•Kematian: Mayat Budak 169
• Fitnah Kehidupan, Kematian dan Kubur 170
• Memakai Pakaian Dipinjam 171
• Pelajar Ponteng 171
• Pertandingan Futsal 172
• Golongan Syed dan Syarifah 173
• Minyak oh Minyak 174
• Membela Binatang Peliharaan 175
• Doa dan Nyanyian 176
• Mengampu Majikan 177
• Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih 177
• Wanita Terlanjur Keliru 178
• Hukum Rotan 179
 



ape lg jom rmai2 serbu kedai buku ... !! 

Thursday, 8 September 2011

Labu ??

Assalamualaikum semua....

 
                                                          

haa.. suke mkn buah labu x..?                                                      
erm.. sye x brape nk suke tpi bole la lg mkn.. 
sbb nye dlu time skolah men dduk asrama ad lauk ni.. mula2 mmang xde slera nk telan. Tpi..da lme2 Alhamdulillah.. bole da mkn.
so,hentam je la kn.. nt kelpran sbb memilih sgt lauk nye..
ohh.. tdak tbe2 rndu kt cik nen n mama [ tukng msak kt asrma dlu ]

sdap tau klo labu ni kte msak gulai putih.. fuhh.. ad plak smbal belacan dgn ikan goreng kn.. >_<
terangkat mulut nk mkn.. hehe..
sje je tulis entry ni sbb nk kongsi kn bhawasanya Nabi kita Rasuluallah s.a.w pon suke mkn labu ni.. hehe..


Anas bin Malik r.a meriwayatkan : 

'' Rasulullah s.a.w ialah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu dihadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya. ''

{ Riwayat Ahmad, al-Darimi, al-Nasa'i dan Abu Daud }
- dipetik dari Syama'il Muhammad s.a.w : Peribadi Muhammad,terbitan Telaga Biru sdn.bhd



 Oleh itu, moh la kte mkn buah labu ... jgn x mkn ok. Kita ikut apa yg Kekasih Allah suka mkn.. ^^,






Jom kita kenali kekasih Allah ~* Muhammad S.A.W ..


Biodata Nabi Muhammad S.A.W


Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW· ...
Nama :

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir :

Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir :

Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa :

Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu :

Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama :

Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama :

Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua :

Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN·

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN·

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN·

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).·

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN·

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN·

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN·

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN·

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN·

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib7.
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)
****** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحبه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
mudah- mudahan akan timbul kesedaran kita untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak... 

Wednesday, 7 September 2011

Maaf hamba Allah, Anda tidak cukup untuk ........


BasmAllah.

Td on Fb tbe2 tertarik dgn artikel ni.. So,sje je nk kongsi kn dkt blog. 
Harap bermanfaat ~* ^^,
_______________________________________________________________________________


Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."

(buat la SOS topup. hehe..)

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan'topup'. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Realiti: Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita,  

"Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga".

(boleh ke nak buat SOS topup?)

Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih bolehmen'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosasilam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

Konklusi: Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah  menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal. Marilah kita sama-sama mere nung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah,kerana ti tis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah. semoga peringatan ringkas ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua. 


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang
apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal, 2)..


Mari kita Sebarkan Kebaikan ! semoga Ia dapat men"Topup" pahala kita. insyaAllah. Moga Allah Redha :)




Tuesday, 6 September 2011

S.E.N.Y.U.M ~* x perlu kata apa2 ... :)

"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan rupiah.
"SENYUM" tak memerlukan tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 hal yang biasa tapi, boleh jadi special .

"SENYUM" ibadah yang paling mudah tapi berpahala setara dengan sedekah.
Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita... ^^,