'' Jika Allah sayang kepada seseorang,
Dia akan berikan Iman. Jika Allah sayang lagi,
Dia akan memberi kekuatan untuk mengamalkan agama-Nya dengan sempurna.
Dan jika Allah sayang lagi,
Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan dunianya,
untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepada-Nya.. ''
Sungguh walaupun dalam dua tiga hari ini rasa sedih kerana ditimpa pelbagai masalah. Tapi bila terbaca kata2 ni terus hilang sedih.^^,
Tapi sebaliknya rasa bersalah pada Allah sebab mengeluh dengan ujian yg diberikan.. Astaghfirullah..
macam2 da terlepas cakap..
Oleh itu jgn la bersedih bila diuji oleh- Nya, sebaliknya bersyukurlah ! bersyukurlah ! kerana sesungguhnya Allah masih sayang akan kita.. SubhanaAllah.
walaupun dalam mood kesedihan tapi masih smpat bce satu buku ni.. lalu tertarik dgan puisi ni dan teros mengalirkan airmata sebab terasa insaf sangat2.. rasa sangat kerdil dhadapan Allah.. sebersih manakah hati kita dengan Allah ?? tepuk dada tnyelah Iman kita.. :)
maka, sya ingin kongsikan puisi ni dengan org lain jgak. sama2 kita hyati dan sterusnya berusaha untuk mnjadi orang yg hatinya bersih dengan Tuhannya.. InsyaAllah !
Muhasabah dri bersama ... ~*
Bersihkan jiwamu dahulu,
Pasti Tuhan akan membantu mu !
Orang yang bersih hatinya
sentiasa rendah diri dengan Allah,
sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya.
Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
'' Kerana dosakulah ujian ini datang.''
'' Tuhan menghukumku kerana dosa2 ku. ''
'' Moga2 aku terlpas daripda hukuman akhirat yg amat dasyat. ''
Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
kerana berasa dirinya tidak layak menerima nikmat itu.
Hatinya gelisah
'' Apa maksud Tuhan mmberi aku nikmat ini ?
Apakah untuk aku bersyukur atau kufur ? ''
Jiwanya cemas, gembira pun tidak ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.
Hajat-hajatnya yg tidak didapatkannya, dia Redha.
sentiasa bersangka baik dengan Tuhannya
sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu
Apabila disusahkan orang,
teros teringat akan dosanya,
'' kerana dosa akulah, aku disusahkan. ''
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan org itu dgn kebaikn.
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan
org diingati dan dibalasinya.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir padanya,
bila2 waktu sahaja akan mnjemput.
Dia gelisah dgn dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
kerana dia tdak tahu apakah
dterima atau pun sebaliknya.
kakinya di dunia, nmun hatinya
sentiasa brsama Allah
Perasaannya sntiasa memikirkan akhirat
dan sering rindu akan prtemuan dgan Tuhannya.
Begitulah hati org yg bersih dengan Tuhannya ........
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Rabbi jika ujian yang dberikan oleh Mu dengan urusan duniawi ku.. Maka aku mohon padaMu supaya permudahkanlah urusanku untuk menuju ke SyurgaMu.. Dan janganlah Engkau uji ku dengan ujian yang tidak termampu dihadapi olehku. Sungguh Engkau maha Pengasih lagi maha Penyayang.
p/s : maaf d atas sbrang kesilapan. Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah dan yg buruk itu atas khilaf sye sndri .. sbrang komen amat dhargai .. :)
No comments:
Post a Comment