Tapi sebelum tu,mari mulakn Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ...


Monday, 30 January 2012

_ Dengan MU aku hidup _


Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati

Hanyalah padamu

hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

Agak terkesan dgar lagu ni.. lrik dia pon mnusuk ke hati.. Allahu Rabbi.. 

Saturday, 28 January 2012

Pantai oh Pantai..~*

Salam .
Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. ^^,


Cuti raya cina yang lalu telah membawa saya sekeluarga ke Melaka.
sbenarnya tak merancang pon nak kemane..
tpi, oleh sebab ibu tersayang memujuk ayah utk menghabiskan cuti yg ada di Melaka.
Maka ayah pon bersetuju ~*


of,coz klau pergi Melaka mestilah rumah Busu kesayangan yang menjadi pilihan hati kami.

Nak dijadikan cerita,secara kebetulan Mak long dan sepupu dari Johor juga memilih untuk menghabiskan masa cuti mereka di Melaka.
Jadi amat meriah la rumah busu yang tidak jemu-jemu menjadi rumah tumpangan kami.. hehe..
Suasana pon da macam kat kampung dengan riuh rendah suara kanak2 yg bermain dengan girangnya.

[ agaknya, jiran cina sbelah rumah pon pelik, sama ada dia yg beraya atau kami ] haha.. :D

* Syukran kaser buat En.Yazid  serta keluarga *


okey, sabtu mlam kami bersantai-santai di Pantai Klebang.. oleh,sebab x ramai nak join sebab  yang lain da penat. Jadi kami pon pergi dengan menaiki Van Kilang ! haha.. Memang agak bombastik la kn.. semua teruja macam x penah naik van je.

kami dihiburkan dengan percikan bunga api di sektar pantai ini yang telah dibakar oleh abg2 / uncle2 yg menyambut tahun baru cina.
Hujan yang tibe2 turun menyebabkan kami bersiap sedia untuk pulang ..


Inilah van yg kami naik . best ~*


My sepupu.. Girlss only ! 


Seterusnya pada besoknya, entah macam mana pergi berkelah pulak di Pantai Puteri. Waktu malam jgak la menjadi pilihan kami.. haha..
Jangan pelik, sebab family sebelah ibu saya memang suka jalan malam2.. terutama klau lepak kt pantai.
Kali ni lagi meriah sebab semua pergi then lepas 2 masing-masing mau pulang ke negeri masing2 .. hu3

Sebagai akibatnya, kami hanya mampu bergambar pada waktu malam sahaja.
[ mata pon terpaksa di besar2 kan bagi mendapatkan foto yang terbaik..] =P

terbaik la sgt ~*


Seluruh yg memeriahkan suasana.



Yong Tau fu sampi da ! makan2 ~


My cousin's dari yang kecik smpi yg da ad anak. :D



err, ad yg nak telur goreng special la plak. ^____^

ini dia Yong Tau fu versi ad Mee kuning. 

Cousin's Vs Anak buah..


Habis makan-makan + borak-borak dan berjejak kasih. 
Tepat pukul 11.30mlm  kami pun beransur untuk pulang ke rumah masing-masing... 


Walaupun, hanya berkelah di pantai selama 2 malam berturut2.. 
Saya dan seluruh family bersyukur kerana masih di beri peluang untuk berjejak kasih serta merapatkan silaturrahim antara adik beradik,sepupu2 serta anak2 buah.. hehe..

Alhamdulillah...~*


_sekian_ 


[ err, rsenya ayat da macam nak buat karangan masa sekolah dlu ] haha.. ad sye kesah ?


Saturday, 14 January 2012

Menitis air mataku .......









Menitis air mataku

Hilangnya sahabat sejati

yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

Setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu 


Perlukah by Forheat



Saat lagu ini dimainkan.. fikiran pon mula melayang2 bak layang2 yg berterbangan di udara.. ^_-
( perghh, ayat puitis suda )

mula la terkenang- terkenang serta terbayang - bayang wajah ......... tet..!! 
haa, mula la tu nak pkir lain.. :P 

sbenarnya bila dengar lagu ni.. mengingatkan aku pada kawan-kawan, dan sahabat - sahabat yg tercinta.. sob.. sob.. rindu nye.. ( x pyah nak touchng sgt la kn ..ngade2..)

Seriuss,rindu bangat seh.. 

klau  masa skolah dlu..
rindu buat kecoh2 kat asrama.. haha..da la batch pling wanted skali..
awal2 masuk f1 da kne macam2 dengan akak senior.. ish3..

Alhamdulillah, walaupun da tamat waktu sekolah, tpi kami still berhubung sampai sekarang.. 
Itulah dia hasil daripada penangan yg ditinggalkan semasa zaman2 memekak + perangai begar masing2 di SEMENDA.. hohoho.. sekolah ku tercinta. ~
( sape lah tu pling begar sangat.. aku baik2 je eh.. ) perasan ! ^^

aku dgan diorang ni memang suke maen hujan.. mentang2 skolah dulu kat atas bukit, dpat2 plak dikelilingi dengan suasana yang aman dan damai jauh dari bandar.. memang best la kalau maen hujan.. sekali klau hujan.. lebat semacam.. haa, ape lagi masing2 mula la menggatal maen hujan. 

kerjasama itu kan amat penting, jadi kami memang mengamalkannya.. so,bila mandi hujan pon ramai2 la..haha.. siap bce doa time hujan ramai2 lg tuh..korang penah ??  (adusshh,rindu sgat moments waktu tu.. )

kalau time cuti sabtu ahad plak. Itulah hari membalas dendam untuk men 'topup'  waktu tido bagi pelajar2 di asrama.. tido yang amat lena sehinggakan Cik Nen n the geng ( pasukan memasak kt hostel dlu ) terjerit2 panggil sarapan.. hehehe.. 

tidak lupa juga,jeritan yang akan dilaungkan oleh cik Exco makanan. " Aspuri !!!! makannn... !!! "
lebih kurang gitulah, bunyi nye kot.


                                --------------------------------------------

Salah satu sebab aku memang suka dduk asrama, ialah dengan adanya aktiviti yang mendidik jiwa. (almaklumlah, kita ni.. bukan baik sangat pon hu3.)
setiap malam, selepas solat magrib atau isyak berjemaah, cik Exco Agama kita akan melancarkan program yang akan dibuat. Antaranya ialah.. tazkirah pendek,solat sunat, usrah, zikir beramai2, dan bacaan Yaasin.  

**sape2 yang x ikut aktiviti ni.. nahas la,kne masuk nama dalam laporan akk exco.. cehh ~**

kalau nak tau jgak, masa bulan puasa atau RAMADHAN.. merupakan masa yang pling seronok ++ sgat..  Meriah sangat suasana. Dapat2,bile time nak bukak pose 2.. pergh,satu tray penuh makanan. dengan kurma ,kuih bagai. muke masing2 plak  ngadap makanan atas meja 2 mcm ape da.. haha.. 

*tibe2 teringat kat muke lapo bdak gemok * 
Habis makan, siap sedia nak solat jemaah Magrib  dan seterusnya ready la untuk pg Aspura bagi menunaikan solat Isyak dan solat Sunat Terawih berjemaah.. Sebelum tu, kami akan bertadarus Al-Quran dlu. :)

- Rasa macam seronok dia lain sangat..  mungkin aku x dapat lagi merasa perasaan macam 2 lg.. -



                                                      TAMAT




                               --------------------------------------------

p/s : kalau nak cite sume pasal kenangan waktu sekolah dlu, mau x habis2 taip nt. Den da ponek, mintak maap la yo.. hehehe..


Kalau orang kata masa sekolah dlu adalah paling membosankan.. TAPI, tidak bagi aku.. sebab bagiku  kenangan dia sangat tinggi nilainya.. Dan memberi kesan yang mendalam sangat pada aku.. ( ayat ala2 macam minah jiwang ).



Akhir kata, Semoga Ukhwah yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah,ke syurgaNYA juga.. mudah- mudahan.. =)




Uhibbukum  fillah ;)






Thursday, 12 January 2012

'Ya Allah, cahaya kemerahan itu (pada matahari) menandakan siang akan menutupi tirainya. Malam akan menjelma. Engkau menjadikan malam itu ditemani kegelapan. Aku bermohon kepadaMu ya Allah, janganlah Engkau gelapkan hatiku sepertimana kegelapan pada malam, sehinggakan aku lalai dari mengingatiMu (bangun malam untuk beribadah)...' 



Tuesday, 3 January 2012

Puisi Buatmu.. ~

Suke dgar puisi atau bce pusi ?? 
ok, sya nk bg puisi ni utk awak2 sume.. terimalah..
jeng3..


Hayati lah dgn sepenuh hatimu..
[ eceh2..~ ayat mcm ape jew.. jiwang semcam.. ] :P






Puisi Cinta dan Perjuangan.


Yang menggerakkan kami adalah cinta,

bukan kebencian,
yang kami benci hanyalah keburukan,
dan kami memandang manusia itu dengan kecintaan.



Perjuangan kami adalah pembersihan,
melepaskan hati daripada kegelapan,
dan kami bergerak untuk melepaskan,
diri kami dan seluruh insan.



Kegelapan tidak akan berdiam diri,
dan bukanlah kami cahaya yang menerangi,
kami hanya peminjam cahaya Ilahi,
agar menumbuh subur daun kekuatan diri.



Perjuangan kami kibar,
cinta mengajar dan kami ajar,
kerja dan kejar,
bergerak meruntuh dan menggegar.



Yang kami bina hanya bangunan keimanan,
kebaikan,
kebahagiaan dan kelapangan.
Sama ada kami hidup dengan kemuliaan,
atau kami mati dalam mengejarnya hingga penghujung kehidupan.





~ Hilal Asyraf ~



Semoga bermanfaat ...  :)

Monday, 2 January 2012

euuurrmmm ~* (@_@)

Assalamualaikum..

knape ntah, tbe2 ari ni rse mcm gelisah semacam..
nk tau knape ??
x bole2..~ ia adlah RAHSIA sye dan DIA.. ^^

dlam keadaan gelisah2 tu.. dri ni sntiasa jgak muhasabah dri..
aduhai.. betapa kuatnye godaan syaitan itu..
Nyah kau dri sni.. !!

Duhai hati.. bersabarlah !, kuat lah ! dan jgn kau mudah
mengalah ! dan tunduk kpada godaan syaitan itu..





Ya Allah, jika dia ........... maka permudahkanlah ..
Jika bukan, maka kau jauhkanlah... serta jauhkanlah perasaan ini ..




'






' Allahumma ya muqollibal qulub, thabbit qalbi ala deenik''

Ya Allah, tuhan yg membolak balikkan hati,teguhkanlah hati kami di atas agamaMU ..