Tapi sebelum tu,mari mulakn Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ...


Saturday, 14 January 2012

Menitis air mataku .......









Menitis air mataku

Hilangnya sahabat sejati

yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

Setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakanku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu 


Perlukah by Forheat



Saat lagu ini dimainkan.. fikiran pon mula melayang2 bak layang2 yg berterbangan di udara.. ^_-
( perghh, ayat puitis suda )

mula la terkenang- terkenang serta terbayang - bayang wajah ......... tet..!! 
haa, mula la tu nak pkir lain.. :P 

sbenarnya bila dengar lagu ni.. mengingatkan aku pada kawan-kawan, dan sahabat - sahabat yg tercinta.. sob.. sob.. rindu nye.. ( x pyah nak touchng sgt la kn ..ngade2..)

Seriuss,rindu bangat seh.. 

klau  masa skolah dlu..
rindu buat kecoh2 kat asrama.. haha..da la batch pling wanted skali..
awal2 masuk f1 da kne macam2 dengan akak senior.. ish3..

Alhamdulillah, walaupun da tamat waktu sekolah, tpi kami still berhubung sampai sekarang.. 
Itulah dia hasil daripada penangan yg ditinggalkan semasa zaman2 memekak + perangai begar masing2 di SEMENDA.. hohoho.. sekolah ku tercinta. ~
( sape lah tu pling begar sangat.. aku baik2 je eh.. ) perasan ! ^^

aku dgan diorang ni memang suke maen hujan.. mentang2 skolah dulu kat atas bukit, dpat2 plak dikelilingi dengan suasana yang aman dan damai jauh dari bandar.. memang best la kalau maen hujan.. sekali klau hujan.. lebat semacam.. haa, ape lagi masing2 mula la menggatal maen hujan. 

kerjasama itu kan amat penting, jadi kami memang mengamalkannya.. so,bila mandi hujan pon ramai2 la..haha.. siap bce doa time hujan ramai2 lg tuh..korang penah ??  (adusshh,rindu sgat moments waktu tu.. )

kalau time cuti sabtu ahad plak. Itulah hari membalas dendam untuk men 'topup'  waktu tido bagi pelajar2 di asrama.. tido yang amat lena sehinggakan Cik Nen n the geng ( pasukan memasak kt hostel dlu ) terjerit2 panggil sarapan.. hehehe.. 

tidak lupa juga,jeritan yang akan dilaungkan oleh cik Exco makanan. " Aspuri !!!! makannn... !!! "
lebih kurang gitulah, bunyi nye kot.


                                --------------------------------------------

Salah satu sebab aku memang suka dduk asrama, ialah dengan adanya aktiviti yang mendidik jiwa. (almaklumlah, kita ni.. bukan baik sangat pon hu3.)
setiap malam, selepas solat magrib atau isyak berjemaah, cik Exco Agama kita akan melancarkan program yang akan dibuat. Antaranya ialah.. tazkirah pendek,solat sunat, usrah, zikir beramai2, dan bacaan Yaasin.  

**sape2 yang x ikut aktiviti ni.. nahas la,kne masuk nama dalam laporan akk exco.. cehh ~**

kalau nak tau jgak, masa bulan puasa atau RAMADHAN.. merupakan masa yang pling seronok ++ sgat..  Meriah sangat suasana. Dapat2,bile time nak bukak pose 2.. pergh,satu tray penuh makanan. dengan kurma ,kuih bagai. muke masing2 plak  ngadap makanan atas meja 2 mcm ape da.. haha.. 

*tibe2 teringat kat muke lapo bdak gemok * 
Habis makan, siap sedia nak solat jemaah Magrib  dan seterusnya ready la untuk pg Aspura bagi menunaikan solat Isyak dan solat Sunat Terawih berjemaah.. Sebelum tu, kami akan bertadarus Al-Quran dlu. :)

- Rasa macam seronok dia lain sangat..  mungkin aku x dapat lagi merasa perasaan macam 2 lg.. -



                                                      TAMAT




                               --------------------------------------------

p/s : kalau nak cite sume pasal kenangan waktu sekolah dlu, mau x habis2 taip nt. Den da ponek, mintak maap la yo.. hehehe..


Kalau orang kata masa sekolah dlu adalah paling membosankan.. TAPI, tidak bagi aku.. sebab bagiku  kenangan dia sangat tinggi nilainya.. Dan memberi kesan yang mendalam sangat pada aku.. ( ayat ala2 macam minah jiwang ).



Akhir kata, Semoga Ukhwah yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah,ke syurgaNYA juga.. mudah- mudahan.. =)




Uhibbukum  fillah ;)






No comments:

Post a Comment